Ya covid-19 memanglah kecil kerana ia juga merupakan salah sejenis virus. Virus sememangnya merupakan mikroorganisma yang paling kecil sekali berbanding kumpulan-kumpulan mikroorganisma yang lain. Anggaran saiz adalah kurang daripada 0.5 μm. Virus hanya boleh dilihat dengan menggunakan mikroskop elektron.
VIRUS
- Bentuk: secara asasnya virus mempunyai beberapa bentuk yang berbeza seperti sfera, heliks, polihedral dan kompleks (gabungan heliks dan polihedral)
- Struktur asas: virus terdiri daripada DNA atau RNA yang dilindungi oleh lapisan protein yang dikenali sebagai kapsid. Kapsid menentukan bentuk virus.
- Ciri khas virus: tidak menjalankan respirasi, perkumuhan, pertumbuhan dan gerak balas terhadap rangsangan. virus hanya membiak dengan menjangkiti sel perumah seperti bakteria haiwan tumbuhan dan juga manusia.
