SAINS T2 – Topik 8.1: Daya dan Jenisnya

by Cikgu Azhar
0 comment

Penerangan Sains Tingkatan 2 KSSM bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid adalah digalakkan menonton video yang disediakan di blog cikguazhar.com. Bagi murid yang mengikuti audio podcast, murid-murid PERLU mendengar penerangan ini berbantukan buku teks Sains Tingkatan 2 m/s 168-171 (Terbitan Karangkraf Network) atau juga boleh dilihat di pautan ini (Buku Teks Sains Tingkatan 2) atau https://anyflip.com/cabyg/tsih atau sambil mengikuti nota yang disediakan di bawah. 

Video

Podcast


Daya ialah tarikan atau tolakan yang dikenakan ke atas sesuatu objek. Daya graviti yang ada yang mengarah ke pusat bumi. Dan ini menyebabkan sesuatu objek itu akan jatuh ke permukaan tanah. Daya geseran adalah daya yang menentang gerakan dan bertindak di antara dua permukaan yang saling bersentuhan di antara satu sama lain. Daya normal ialah daya yang dihasilkan apabila suatu objek bersentuhan dengan suatu permukaan. Daya apungan ialah daya tujah yang bertindak pada sesuatu objek yang terapung di dalam sesuatu bendalir seperti cecair atau gas. Daya elastik wujud apabila sesuatu objek diregangkan atau dimampatkan. Berat sesuatu objek ditakrifkan sebagai daya graviti yang bertindak ke atasnya. Daya adalah kuantiti vektor yang mempunyai magnitud dan arah. 

Daya normal adalah daya yang dihasilkan apabila sesuatu objek bersentuhan dengan sesuatu permukaan.

You may also like

Leave a Comment