SAINS T5 – Topik 5.3A: Penghasilan Alkohol dan Sifat Fizik & Sifat Kimia Alkohol

by Cikgu Azhar
0 comment
Penerangan Sains Tingkatan 5 KSSM bagi Bab 4 bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid-murid PERLU mendengar penerangan ini berbantukan buku teks Sains Tingkatan 5 (m/s 150) atau klik http://online.anyflip.com/oxps/ppuv/mobile/index.html (Terbitan Sasbadi Sdn Bhd) atau mengikuti nota yang disediakan di bawah.
 
Alkohol merupakan sebatian karbon organik yang mengandungi unsur karbon, hidrogen dan oksigen.
 
Alkohol diperolehi melalui proses penapaian menggunakan tindakan terhadap makanan yang mengandungi glukosa atau kanji seperti gula, anggur, tepung, beras, gandum dan barli.
Proses penyediaan alkohol menerusi proses penapaian melibatkan pembebasan enzim zimase oleh yang mana enzim ini akan menguraikan glukosa kepada etanol dan membebaskan gas karbon dioksida.
 
Saksikan penerangan oleh murid SMK Simpang Beluru Tahun 2018 mengenai proses penapaian.
Sifat fizik dan sifat kimia alkohol ialah tidak berwarna cecair pada suhu bilik, mempunyai bau yang tersendiri, takat didih meningkat apabila bilangan atom karbon meningkat, keterlarutan dalam air berkurang apabila bilangan karbon meningkat. Alkohol boleh digunakan bagi penghasilan ester (wangian) melalui proses pengesteran. Antara kegunaan alkohol ialah sebagai bahan api, perubatan, kosmetik dan industri.
 
Sumber imej: freepik.com

You may also like

Leave a Comment