previous post
Penyakit berjangkit adalah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan patogen iaitu mikroorganisma yang menyebabkan penyakit apabila memasuki ke badan (hos) kita. Contoh penyakit berjangkit adalah selesema, Covid-19, demam denggi, batuk kering (TB) dan demam malaria. Penyakit berjangkit boleh menjangkiti individu lain melalui beberapa cara seperti melalui medium air, udara, sentuhan atau pemindahan darah. Penyakit tidak berjangkit pula adalah sepeti kencing manis, tekanan darah tinggi dan penyakit kardiovaskular. Penyakit-penyakit ini tidak menjangkiti individu lain sebaliknya ia disebabkan oleh faktor gaya hidup dan amalan pemakanan yang tidak sihat.