Faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma..

by Cikgu Azhar
0 comment

Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma seperti kelembapan cahaya suhu nilai pH dan nutrien.

KELEMBAPAN
Kehadiran air meningkatkan kelembapan dan keadaan ini sesuai bagi pertumbuhan serta pembiakan mikroorganisma. Sebaliknya kawasan yang kering tanpa kehadiran air akan menyebabkan mikroorganisma kurang aktif dan pertumbuhannya terencat.

CAHAYA
Alga mempunyai klorofil dan memerlukan cahaya bagi menjalankan proses fotosintesis. sebaliknya mikroorganisma seperti kulat dan bakteria hanya membiak secara aktif dalam keadaan gelap. Pendedahan kepada Sinar UV akan menyebabkan mikroorganisma terbunuh.

SUHU
Suhu 35 – 40°C adalah suhu optimum bagi pertumbuhan mikroorganisma. suhu yang terlalu rendah akan merencatkan pertumbuhan mikroorganisma manakala suhu yang terlalu tinggi akan membunuh mikroorganisma.

NILAI pH
Nilai pH 7 adalah neutral dan sesuai bagi pertumbuhan kebanyakan mikroorganisma. Terlalu berasid atau beralkali akan menyebabkan mikroorganisma terbunuh.

NUTRIEN
Mikroorganisma memerlukan nutrien yang mencukupi bagi pertumbuhannya. Namun kehadiran nutrien tidak membantu pertumbuhan mikroorganisma sekiranya faktor seperti kelembapan, cahaya, suhu dan nilai pH adalah terhad.

Photo by Visually Us from Pexels

You may also like

Leave a Comment