Edublogger Meetup #1: Bermulanya..

by Cikgu Azhar
0 comment

Edublogger Meetup merupakan suatu program komuniti cetusan idea dari Cikgu Razif yang bermatlamat untuk mengumpulkan para blogger pendidikan di Malaysia. Bermula dari Januari 2018, Cikgu Razif telah menyatakan hasrat tersebut kepada saya dan saya melihat ianya merupakan suatu usaha yang sangat positif. Tambahan ianya bertujuan untuk mempertemukan blogger-blogger pendidikan dari yang baharu hendak berjinak-jinak dalam dunia blogging hinggalah ke blogger professional. Secara tidak langsung dengan adanya platform pertemuan atau meetup ini, akan memberi suatu peluang dan ruang untuk para blogger pendidikan berkongsi idea, kemahiran dan pengalaman mereka.

Cikgu Razif bersama-sama dengan Cikgu IK pada masa itu telah bergabung dan merancang serta menitili program-program yang hendak dijalankan sepanjang dua hari bagi meetup #1. Saya masa itu masih belum lagi memiliki blog, namun atas kemahiran-kemahiran teknikal dan pengalaman sebelum ini menjadikan saya terlibat secara langsung dengan meetup #1 tersebut.

Berikut saya ringkaskan perkongsian utama sepanjang dua hari Edublogger Meetup #1 yang telah diadakan tahun lalu pada 19 – 20 Mac 2018 di MaGIC, Cyberjaya:

  • Perkongsian oleh Edwin Masripan (Laman7.com) yang disampaikan adalah mengenai aspek-aspek yang perlu dipertimbangkan dalam pembinaan blog seperti user interface (UI) dan user experience (UX). Perkongsian ini memberikan suatu maklumat yang sangat berguna dalam menghasilkan sesuatu laman web supaya ianya kelihatan menarik (tidak serabut) dan memudahkan pengguna bernavigasi ketika melayari blog kita.
  • Perkongsian oleh Sifu Mus (sifuadwords.my) tentang beberapa kaedah menjana pendapatan melalui aktiviti blogging dan antara yang dikongsikan adalah berkaitan dengan penggunaan keyword dalam penulisan blog sebagai suatu trick untuk menarik trafik ke blog
  • Perkongsian oleh Zamri Muhamad tentang bagaimana hendak menjana idea untuk menghasilkan sebuah artikel penulisan blog. Kaedah yang diajarkan secara praktikal oleh Saudara Zamri semasa meetup ini adalah  teknik “Kawakita Jiro” yang merupakan salah satu kaedah untuk brainstorming.
  • Perkongsian oleh Cikgu Razif pula selaku penganjur banyak berkaitan dengan kepentingan aktiviti blogging dalam kalangan guru dan “mobile blogging”. Selain itu, Cikgu IK juga berkongsikan mengenai bagaimana pendapatan pasif dapat dijana melalui aktiviti blogging ini dan beliau juga banyak membantu para peserta dari aspek teknikal.
  • Sesi “Blog Jam” pula sesi di mana para blogger baharu di bantu secara memberikan idea dan juga secara teknikal sehinggalah sebahagian daripada mereka berjaya mewujudkan blog sendiri dipenghujung meetup tersebut. Khidmat nasihat juga diberikan bagi peserta yang mahu membeli hosting dan domain semasa sesi ini.

Secara keseluruhannya, meetup #1 ini memang sangat bermanfaat buat saya dan peserta. Namun meetup #1 ini masih belum berjaya meracuni saya untuk kembali dengan aktiviti blogging. Tapi post hari ini muncul tiga hari selepas meetup #2 di Apple Malaysia, Kuala Lumpur pada 4-5 Disember 2019. Agaknya kenapa ya? 🤔

Saudara Edwin Masripan & Sifu Adwords bersama-sama dengan para peserta pada hari pertama Meetup #1..
photo_2018-03-20_18-59-32
Saudara Zamri Muhamad bersama-sama dengan para peserta pada hari kedua Meetup #1..

Lihatlah gambar di atas, walaupun kehadiran peserta termasuk kami dan penceramah hanyalah seramai 14 orang pada meetup #1, namun tidak menjadi halangan kepada kami untuk meneruskan meetup #2 pada tahun ini. Nantikan post akan datang catatan perkongsian Edublogger Meetup #2 yang dikatakan lebih meriah dan mengancam! 😉

You may also like

Leave a Comment