Ramai orang menyangka alga adalah sama seperti lumut. Walhal lumut dan alga adalah dua kumpulan yang berbeza sifatnya. Lumut sahaja terdiri daripada kira-kira 12 000 spesies yang beza. Alga adalah salah satu kumpulan dalam organisma makroskopik dan ada juga yang mikroskopik. Jom baca nota ringkas di bawah untuk memahami ciri-ciri alga.
ALGA
- Alga laut adalah alga makroskopik yang boleh dilihat dengan mata.
- Alga mikroskopik seperti Chlamydomonas sp. dan Spirogyra sp. bersaiz antara 1 μm hingga beberapa ratus μm.
- Bentuk: Unisel (Chlamydomonas sp.) Multisel (Spirogyra sp.).
- Alga memiliki klorofil.
- Oleh itu, cara pemakanan adalah menerusi proses fotosintesis.
- Habitat: kawasan lembap yang terdedah kepada cahaya matahari seperti air tawar, air masin, tanah lembap, kulit pokok.
- Cara pembiakan: Pembiakan aseks (belahan dedua) dan pembiakan seks (konjugasi).
Rumpai laut (seaweed) adalah sejenis macroalga. (Sumber imej: Food photo created by dashu83)
Chlamydomonas
Spirogyra