Ada dinding sel tapi tiada klorofil.. mikroorganisma apa tu?

by Cikgu Azhar
0 comment

Organisma apakah memiliki dinding sel tapi tiada klorofil? Jawapannya adalah fungi (kulat). Fungi memiliki dinding sel seperti seperti dalam sel tumbuhan. Tetapi tidak memiliki klorofil. Ini bermakna fungi seperti tumbuhan yang tidak dapat menghasilkan makanan menerusi proses fotosintesis. Jadi bagaimana fungi mendapatkan makanan?? Cuba fahamkan ringkasan nota di bawah dan cari jawapan…

FUNGI

Kulapok roti atau mukor, yis dan juga cendawan adalah mikroorganisma dalam kelas fungi (kulat). Sebahagian daripada mereka bermanfaat kepada manusia dan sebahagiannya memudaratkan manusia (iaitu boleh menyebabkan penyakit). Jom baca ringkasan di bawah mengenai ciri-ciri mikroorganisma dalam kelas fungi.

  • Saiz 10 µm  hingga 100 µm 
  • Terdiri daripada unisel (yis) dan multisel (mukor a.k.a kulapok roti)
  • Nutrisi (cara pemakanan) iailah secara saprofit (mendapatkan nutrien daripada organisma yang telah mati atau sedang mereput) atau secara parasit (mendapatkan nutrien daripada perumah dan memberi kesan negatif kepada perumah).
  • Habitat: tempat reput, tinja, kulit haiwan, tempaty yang gelap dan lembap.
  • Cara pembiakan: pembiakan seks (konjugasi – mukor/kulapok roti) dan pembiakan aseks (pertunasan seperti yis).
  • Contoh: Trichophyton sp., mukor, yis, cendawan.
Struktur mukor (kulapok roti)
Struktur yis

Dah dapat jawapan? Fungi tidak boleh menghasilkan makanan sendiri. Jadi cara pemakanan fungi adalah samada secara saprofit atau parasit.

Tonton juga dua video dibawah untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai cara pembiakan dalam yis dan kulapok roti (mukor).

Video Pembiakan Asek Secara Pertunasan (Yis)

Video Pembiakan Aseks Secara Pembentukan Spora (Mukor)

You may also like

Leave a Comment