Google Site Sebagai Laman Pembelajaran

by Cikgu Azhar
0 comment

Google Site merupakan satu aplikasi yang disediakan secara percuma kepada pengguna Google. Sesiapa sahaja  yang memiliki akaun google boleh mengakses dan menggunakan aplikasi Google Site ini. Saya melihat salah satu kegunaan dan manfaat yang boleh diambil dari aplikasi Google Site ini ialah ianya sesuai digunakan sebagai satu platform untuk para guru mengumpulkan bahan-bahan pembelajaran yang diperolehi menerusi internet yang relevan dan sesuai dengan silibus. Kemudian ianya diberikan kepada pelajar-pelajar cikgu sebagai rujukan pembelajaran mereka.

Saya ingin kongsikan satu laman pembelajaran yang dihasilkan menggunakan Google Site sepenuhnya. Satu Bab Sains Tingkatan 5 iaitu Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar telah dipilih sebagai satu tajuk utama yang mana kelas bersama pelajar dijalankan secara Flipped Classroom menerusi platform Google Classroom. Laman pembelajaran Google Site ini dimasukkan ke dalam Google Classroom dan dijadikan sebagai tugasan berstruktur (baca dan tonton) ketika di rumah.

Bab 3 Sains Tingkatan 5 yang terdiri daripada 6 topik utama.

Tahun hadapan banyak silibus yang berubah. Jadi cikgu-cikgu yang ingin kumpulkan bahan-bahan dari sumber internet seperti video atau imej dan menjadikan ia sebagai nota pembelajaran online bagi pelajar, bolehlah cuba-cuba menggunakan Google Site ini. Tidak semestinya cikgu buat berseorangan, bahkan cikgu boleh berkolaborasi bersama-sama dengan rakan guru yang lain menerusi Google Site ini.

You may also like

Leave a Comment