Hour of Code Edisi #dudukrumah.. Jom sertai!

by Cikgu Azhar
0 comment

Kempen Hour of Code (HoC) 2020 adalah bertujuan untuk mendedahkan asas pengaturcaraan atau coding dan asas sains komputer kepada pelajar-pelajar sekolah dari aspek yang menyeronokkan. Kali ini mydigitalmarker (MDEC) tampil dengan edisi #dudukrumah bersempena dengan Minggu Sains Negara dan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Kempen ini telah pun bermula sejak 1 April 2020 lagi dan akan tamat pada 14 April 2020. Terbuka kepada semua pelajar yang berumur 7 – 17 tahun dengan hanya perlu melayari laman sesawang  https://hourofcode.com/us/learn untuk memulakan aktiviti HoC. 

Tidak mengambil masa yang lama pun, pelajar hanya perlu melengkapkan aktivti modul yang mengambil masa sekitar 20 – 40 minit sahaja dan setelah tamat anda akan diberikan sijil. Seterusnya pelajar dikehendaki menghantar sijil tersebut berserta dengan butiran nama secara online sekaligus melayakkan diri bagi cabutan bertuah 10 unit drone. Apa lagi.. Jangan buang masa, sertai sekarang.

Layari www.mydigitalmaker.com/hoc untuk maklumat lanjut.

Kali ini buat pertama kalinya anak saya yang berumur 10 dan 7 tahun turut menyertai Kempen HoC 2020 Edisi #dudukrumah.

You may also like

Leave a Comment