Penerangan Sains Tingkatan 5 KSSM bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid adalah digalakkan menonton video yang disediakan di blog cikguazhar.com. Bagi murid yang mengikuti audio podcast, murid-murid PERLU mendengar penerangan ini berbantukan buku teks Sains Tingkatan 5 m/s 223-224 (Sasbadi Sdn Bhd) atau juga boleh dilihat di pautan ini (Buku Teks Sains Tingkatan 5) atau sambil mengikuti nota yang disediakan di bawah.
Video
Podcast
Prinsip asas dalam sistem hidraulik adalah pemindahan tenaga pada semua arah berdasarkan kepada prinsip Pascal.
Sistem hidraulik digunakan untuk membuat kerja berat seperti menghasilkan daya output yang lebih besar untuk mengangkat beban yang berat hanya dengan memberikan daya impuls yang kecil sahaja.