SAINS T4 – Topik 10.4: Produk Kesihatan (Bahan Aktif)

by Cikgu Azhar
0 comment

Video

Bahan aktif sememangnya terdapat di dalam produk kesihatan. Produk kesihatan boleh didapati dalam bentuk pil serbuk atau pun losyen dan bahan aktif yang terdapat di dalamnya memainkan peranan penting untuk memberikan kesan kepada kesihatan tubuh badan manusia.

Bahan aktif adalah merupakan komponen di dalam sesuatu produk yang mempunyai kesan kepada penyembuhan atau pencegahan penyakit.

Namun sekiranya bahan aktif digunakan dengan kombinasi dua atau lebih ia dikhuatiri boleh bertindak balas dan menghasilkan kemudaratan kepada kesihatan kita.

Terdapat juga produk kesihatan yang memiliki bahan aktif yang memberi kesan atau tujuan yang sama namun digunakan pada produk dengan jenama yang berbeza.

Mengapakah terdapat terlalu banyak produk kesihatan di pasaran? Hal ini kerana produk kesihatan yang diambil oleh kebanyakan orang masa kini adalah untuk memulihkan penyakit dan mengekalkan kesihatan badan mereka. Selain itu produk kesihatan yang baik juga dapat menjamin tumbesaran yang normal dan meningkatkan keupayaan untuk mencegah penyakit. Pengambilan multivitamin juga dapat meningkatkan proses pertumbuhan kanak-kanak. Selain itu gaya hidup masyarakat kini yang kurang mengamalkan pemakanan yang seimbang menyebabkan produk kesihatan menjadi keperluan bagi menjamin kesihatan mereka sebagai pelengkap kepada amalan pemakanan mereka yang tidak seimbang.

Bahan aktif dalam produk kesihatan memberikan kesan kepada penyembuhan dan pencegahan penyakit

You may also like

Leave a Comment