WhatsApp dan Telegram.. e-learning PKP?

by Cikgu Azhar
4 comments

Bermula 18 Mac iaitu hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula, saya telah menghubungi wakil pelajar setiap kelas untuk sampaikan panduan kepada semua rakan kelas mereka cara memasang (install) aplikasi Google Classroom. Langkah demi langkah diberikan kepada semua kelas dengan harapan semua berjaya install, login dan join Google Classroom. Syukur satu kelas berjaya login dan join kelas. Untungnya kerana kelas tersebut hanya terdiri dari 11 pelajar sahaja dan kebetulan majoriti mereka ini memiliki kemudahan peranti dan capaian internet di rumah.

Tiga kelas yang lain, majoriti pelajar tidak pun memasang Google Classroom walaupun tempoh lebih seminggu diberikan. Apabila ditanya mengapa belum join, pelbagai alasan diberikan dan masing-masing mempunyai alasan yang tersendiri. Saya menerima semua alasan yang diberikan oleh mereka secara positif kerana itulah gambaran sebenar kesediaan pelajar saya. Kemudian saya bertanyakan semula kepada empat kelas tersebut, apps apa yang paling mudah dan senang untuk semua pelajar kelas kamu guna atau dihubungi? Dan jawapan yang saya dapat adalah mereka tersedia dengan aplikasi WhatsApp dan Telegram. Satu kelas mudah untuk menggunakan Telegram manakala tiga kelas lagi menggunakan WhatsApp. Kata wakil pelajar setiap kelas, majoriti memiliki apps WhatsApp, tetapi ada juga yang tiada telefon pintar namun boleh menggunakan milik keluarganya yang lain.

 

Jadi pemilihan medium pembelajaran semasa musim PKP saya, 1 kelas menggunakan Google Classroom dan Telegram dan 3 kelas menggunakan WhatsApp. Apabila group setiap kelas dibuat, hasilnya semua pelajar join. Kecuali tiga pelajar yang dimaklumkan oleh rakan kelasnya memang dari keluarganya yang susah mungkin ada telefon bimbit tapi bukan telefon pintar dan sudah pasti tiada WhatsApp.

Setiap kelas berbeza platform pembelajaran kan? Kenapa? Kerana saya cuba untuk tidak melihat Teknologi sebagai tujuan utama saya bagi menyampaikan kandungan pembelajaran. Jika saya menggunakan, Google Classroom bagi keempat-empat kelas, kandungan pembelajaran saya tidak 100% sampai kepada semua pelajar dan akan ada ramai pelajar yang keciciran. Oleh itu, saya cuba untuk melihat bagaimana teknologi sedia ada disesuaikan dengan kesediaan pelajar saya, dengan matlamat semua pelajar terlibat dan kandungan pembelajaran dapat disampaikan kepada mereka dengan keciciran yang sangat minimum.

Setiap guru, memiliki pemilihan penggunaan alat teknologi yang berbeza kerana ianya bergantung kepada kesediaan pelajar masing-masing. Sekian, pandangan semasa (tempoh PKP) dan perkongsian peribadi saya sebagai guru di sekolah kategori luar bandar. Semoga anak-anak didik kita berjaya memanfaatkan peluang dan masa sepanjang tempoh PKP dengan pengisian yang bermanfaat.

You may also like

4 comments

john ex bluru April 11, 2020 - 6:39 am

demo mmg idola kawe…nnt kawe nk bt rujukan nih…

Reply
Cikgu Azhar April 12, 2020 - 6:43 am

uish helmi..haha.. mai la ziarah kami di beluru..

Reply
Cg ziha April 23, 2020 - 10:51 pm

Tq, cikgu semoga rahmat Allah sentiasa untukmu.. Mihon saya guna blog cg ni utk pelajar saya.. Terima kasih

Reply
Cikgu Azhar May 1, 2020 - 3:09 pm

Silakan.. Sama-sama cikgu..

Reply

Leave a Comment