Proses Ekdisis

by Cikgu Azhar
0 comment

Anda pernah dengar tentang haiwan menyalin kulit? 

Inilah proses penanggalan kulit bagi kebanyakan haiwan invertebrata proses ini dikenali sebagai proses ekdisis. Semasa proses ekdisis, rangka luar yang baharu dan lembut akan terbentuk di bawah rangka luar yang lama. Kemudian, haiwan berangka luar akan menyedut udara bagi mengembangkan badannya. Tindakan menyedut udara ini akan memecahkan rangka luar yang lama telah keras. Pertumbuhan pesat akan berlaku bagi penambahan saiz haiwan sebelum rangka luar yang baharu mengeras. Haiwan berangka luar akan mengalamai beberapa peringkat ekdisis sebelum mencapai peringkat dewasa.

Peringkat ekdisis ini menyebabkan graf lengkung pertumbuhan haiwan tersebut berbentuk tangga. Pada peringkat nimfa, haiwan akan makan dengan banyak untuk membina tisu-tisu baharu dan mengalami pertambahan jisim. Hormon akan mengawal setiap peringkat ekdisis ini.

Proses Ekdisis bebrapa Haiwan Invertebrata

Foto oleh Bernard Dupont

You may also like

Leave a Comment