SAINS T4 – Topik 10.3: Bahan Antioksidan

by Cikgu Azhar
0 comment

Video

https://youtu.be/A_NiYztxoGM

Bahan antioksidan adalah merupakan sebatian kimia yang diperlukan oleh badan kita untuk melambatkan atau menghentikan proses pengoksidaan. 

Antioksidan ini melindungi sel badan kita daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas serta dianggap sebagai barisan pertahanan terhadap risiko daripada mendapat penyakit-penyakit tertentu. 

Badan kita memiliki keupayaan untuk menghasilkan bahan anti-oksidan namun keupayaan ini berkurang apabila usia meningkat.

Antara contoh bahan-bahan antioksidan dalam makanan adalah seperti beta-karotena, lutein, likopena, vitamin C dan vitamin E.

Bahan antioksidan adalah bahan kimia yang boleh didapati dari sintesis kimia dan juga tumbuhan secara semulajadi. Bahan antioksidan ini akan bertindak balas dengan radikal bebas dan sebatian yang lebih stabil akan terhasil dan seterusnya proses pengoksidaan akan dihentikan.

Proses pengoksidaan juga boleh berlaku terhadap makanan yang terdedah kepada udara sebagai contoh epal yang dipotong bahagian isinya akan berubah menjadi warna keperangan apabila didedahkan kepada udara untuk tempoh masa yang tertentu. Proses pengoksidaan ini boleh dilambatkan atau diberhentikan dengan menggunakan bahan-bahan seperti larutan gula, larutan garam ataupun jus limau sebagai bahan yang memiliki antioksidan.

Bahan antioksidan boleh didapati daripada makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran

You may also like

Leave a Comment