PDPR Menerusi Ciri Voice Chat Telegram

by Cikgu Azhar
37 comments

Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran (PDPR) telah dihasilkan oleh para guru ke arah memastikan pembelajaran dapat dilaksanakan bersama-sama dengan murid. Antara yang dilihat popular adalah penghasilan video di Youtube untuk menarik minat murid belajar di rumah sepanjang tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Terkini kelihatan ramai guru mula mencuba aplikasi hiburan seperti Tik Tok pula sebagai suatu cara untuk menarik minat murid belajar. Saya melihat usaha guru dengan pelbagai cara dan kaedah ini semuanya adalah bertujuan untuk menarik murid supaya terus melibatkan diri dalam pembelajaran agar tidak ketinggalan dalam silibus pelajaran mereka.

Kebanyakan murid saya di kawasan luar bandar ini mungkin agak sukar untuk memainkan semua video bagi semua mata pelajaran atas kekangan dari aspek data yang terhad. Kali ini saya cuba melaksanakan PDPR saya menerusi ciri voice chat yang terdapat dalam aplikasi Telegram. Apa yang saya dapati adalah penglibatan murid kali ini adalah lebih tinggi. Mungkin murid sedia tahu bahawa penggunaan ciri voice message melibatkan penggunaan data yang rendah. 

PDPR menerusi voice chat ini dilihat dapat menjadikan penggunaan buku teks bersama-sama dengan modul dimaksimumkan dan dimanfaatkan untuk meningkatkan pemahaman murid mengenai topik berkaitan. Kali ini juga saya tidak perlu lagi untuk saya meluangkan masa yang banyak untuk menghasilkan kandungan PDPR (content) yang baharu.

Ciri voice chat dalam Telegram hanya boleh dimulakan oleh guru yang telah dilantik sebagai admin bagi kumpulan (group) Telegram tersebut. Pastikan murid kita telah sedia menunggu guru masing-masing di hadapan telefeon pintar, buku teks dan modul (latihan) pdpr mereka. Kebiasaannya, setiap sekolah telah mempunyai jadual PDPR masing-masing.

Langkah-Langkah Memulakan Ciri Voice Chat di Telegram Untuk PDPR

Langkah 1: Klik pada ruang nama group Telegram (pasti cikgu adalah OWNER/ADMIN bagi group telegram tersebut)

Langkah 2: Klik pada menu 3 dots

Langkah 3: Pilih Voice Chat

Langkah 4: Tekan Start

Langkah 5: Murid yang ONLINE akan JOIN tapi guru masih boleh Invite murid yang belum join

Langkah 6: Mulakan PDPR (Tekan unmute) – You’re Live!

Diakhir kelas, salah seorang murid memberi tahu saya ciri voice chat dalam Telegram adalah ini sama seperti ciri yang terdapat pada aplikasi Discord yang biasa mereka gunakan bersama-sama rakan mereka untuk merancang strategi serangan dalam permainan MLBB 😀😀.. Pada saya tiada masalah selagi murid tersebut pandai membahagikan masa antara belajar dan bermain. 

Info tambahan:

  • Sekiranya ciri voice chat tidak muncul, guru boleh cuba kemaskini (update) aplikasi telegram terlebih dahulu.
  • Pastikan guru adalah owner atau admin dilantik (dengan tetapan oleh owner group: ON manage voice chat & OFF remain anonymous) pada ruang what can this admin do?

Bagi guru-guru yang ingin mendapatkan idea dan contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan menerusi ciri voice chat di telegram, jom baca di post yang ditulis oleh rakan saya Cikgu Raihan di pautan ini 👉 Contoh Aktiviti PdPR Menggunakan Voice Chat Telegram dan bagi pengguna iPhone terutamanya, bolehlah lihat langkah-langkah mudah yang juga telah disediakan oleh beliau di pautan ini 👉 Cara Meneggunakan Voice Chat Telegram. Semoga perkongsian kali ini dapat dimanfaatkan.

You may also like

37 comments

Cikgu Ayu February 7, 2021 - 6:09 pm

Nice! Nanti nak cuba!!!

Reply
Cikgu Azhar February 8, 2021 - 12:37 am

Baik sifu! Hehehe

Reply
Hasmida binti Odding odding February 8, 2021 - 6:14 am

Terbaik cikgu.. nanti sy pun mau cuba

Reply
Arina bt Abdul Aziz February 9, 2021 - 8:45 am

Terima kasih cikgu..perkongsian yang sangat bermanfaat..Alhamdulillah

Reply
HASMAWATI HARUN February 7, 2021 - 9:47 pm

Perkongsian ilmu yg sangat baik.. terimakasih cikgu

Reply
Cikgu Azhar February 8, 2021 - 12:37 am

Sama-sama puan..

Reply
Normala February 8, 2021 - 4:28 am

Semoga Tuhan memberi limpahan ilmu berlipat kali ganda.terima kasih. Saya mohon share

Reply
Cikgu Azhar February 8, 2021 - 5:05 am

Silakan share cikgu..

Reply
Norlah Bt Sulai February 8, 2021 - 9:56 pm

Alhamdulaillah Terima kasih atas perkongsian.. Semoga Allah sentiasa memberi RahmatNya dan dimurahkan rezeki.. Aamiin..

Reply
Cikgu Azhar February 9, 2021 - 4:10 am

Amin.. terima kasih atass doa..

Reply
Norilah Adam February 8, 2021 - 12:04 am

Terima kasih kongsi ilmu. Moga bermanfaat utk semua.

Reply
Cikgu Azhar February 8, 2021 - 12:39 am

Saya pun kongsi2 jgk.. Sama-sama puan..

Reply
Saidin Mardiana February 8, 2021 - 12:31 am

Data lebih rendah…mudahkan pelajar tq cgu

Reply
Cikgu Azhar February 8, 2021 - 12:39 am

Sama-sama puan..

Reply
Jill February 8, 2021 - 2:45 am

Tq cikgu

Reply
Cikgu Azhar February 8, 2021 - 5:05 am

Sama-sama cikgu

Reply
Siti Asiah February 8, 2021 - 1:40 am

Salam.Kenapa ada group yg ada voice chat..ada group yg xde

Reply
Cikgu Azhar February 8, 2021 - 2:17 am

Cikgu mestilah owner / admin dilantik (yang dibenarkan launch voice chat)..

Reply
Zai February 8, 2021 - 5:41 am

Adakah murid boleh respon/bercakap

Reply
Cikgu Azhar February 8, 2021 - 6:52 am

ya sudah pasti sbb “voice chat”

Reply
Najwa Mohd Azmir February 8, 2021 - 9:58 am

Terima kasih adinda azhar. Semakin bertambah ilmu telegran. One after another. Syok guna telegram. Betui, yg nganto tugasan dah makin ramai sejak kita boleh semak on the spot kerja diaorg.

Reply
Cikgu Azhar February 8, 2021 - 12:44 pm

Alamak kak wa.. saya share jer.. sbb ciri ni lama dh telegram release, ramai tak perasan & ciri ji agak tersembunyi.. ramai la skit bdk join.. hihi.. google meet sy pernah 2 org je join.. kali ni 80%.. alhamdulillah

Reply
Umi Sarina February 8, 2021 - 1:55 pm

Cikgu.. Apa maksud semak On the spot bila kt telegram?

Saya pun suka minta murid hntr tugasan terutama kerja kursus kt telegram utk sy semak..
Lagi cepat sy semak berbanding jika mereka emel

Reply
Cikgu Azhar February 9, 2021 - 4:12 am

On the spot tu sy pun kurang pasti, mungkin maksudnya foto (tugasan yang dihantar) boleh disemak guna pen (tool) dlm telegram & resend ke murid selepas menanda.. rasanya hehe

Reply
Maryati Misran February 8, 2021 - 11:16 am

Sgt teruja..nk cuba..tq cegu

Reply
Cikgu Azhar February 8, 2021 - 12:42 pm

Sama² cikgu

Reply
Mas February 8, 2021 - 11:20 am

Assalamu’alaikum , saya da cuba.. saya nak tanya bagaimana cara kita nak share screen untuk tunjukkan bahan kita nak ajar tu cg.. button apa yg perlu saya klik? T.kasih cg

Reply
Cikgu Azhar February 8, 2021 - 12:42 pm

Wslm.. ini adalah ciri voice chat, bermakna live session menggunakan audio semata².. utk share screen cikgu procees ke google meet/zoom/apa² video meeting..

Reply
HASBI BIN MUIN February 8, 2021 - 3:12 pm

Alhamdulillah. Perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih, Cikgu Azhar.

Reply
Cikgu Azhar February 9, 2021 - 4:11 am

Sama-sama.. T.ksh jua..

Reply
farisha February 8, 2021 - 1:47 pm

terima kasih cg. sangat berguna

Reply
Cikgu Azhar February 9, 2021 - 4:12 am

sama-sama cikgu..

Reply
Suhaini February 23, 2021 - 3:39 am

Cikgu… Untuk aplikasi Voice Chat ni ada limit bilangan members tak?

Reply
Cikgu Azhar March 17, 2021 - 2:27 am

setakat ni unlimited.. ada dinyatakan dlm blog telegram..

Reply
Zaiton amari February 9, 2021 - 11:26 pm

Terima kasih ilmunya…

Reply
MOHD SALLEH BIN MOHD ALI March 1, 2021 - 10:03 am

Hebat, Cikgu Azhar!!! Jasa cikgu mengajar saya tentang aplikasi photoshop tak akan saya lupakan. Harap kita dapat berjumpa lagi suatu masa nanti.

Reply
Cikgu Azhar March 17, 2021 - 2:28 am

Haha.. kongsi sahaja cg salleh.. tu la lama tak jumpa..

Reply

Leave a Comment