Bakteria hidup di kawasan ekstrem?

by Cikgu Azhar
0 comment

Bakteria boleh hidup dalam keadaan yang ekstrem seperti di tempat yang sangat sejuk dan sangat panas. Namun namun kebiasaannya bakteria hanya boleh hidup pada suhu 37 °C. Sekiranya suhu kurang atau melebihi 37 °C bakteria akan menjadi kurang aktif. Suhu paling optimum bagi pertumbuhan bakteria adalah sekitar 37 °C.

BAKTERIA

Unisel: Saiz antara 0.2 µm hingga 10 µm 

  • Bentuk: sfera (kokus), pilin (spirilium), rod (basilus) dan koma (vibrio)
  • Struktur asas:
    • Memiliki dinding sel (teguh)
    • Dinding sel bakteris tidak terbina daripada selulosa tetapi terbina daripada asid amino dan polisakarida
    • Sebahagian bakteria memiliki kapsul (melindungi dinding sel).
    • Memiliki pili (rerambut halus) untuk melekat pada permukaan
    • Flagelum untuk pergerakan bakteria
  • Nutrisi: Parasit dan saprofit
  • Habitat: udara, air , tanah, organisma dan bahan yang sedang mereput.
  • Cara pembiakan: Pembiakan aseks (belahan dedua) dan pembiakan seks (konjugasi).
Pengelasan Bakteria (Berdasarkan bentuknya)
Struktur Asas Bakteria

Video Pembiakan Seks (Konjugasi) Bakteria

Video Pembiakan Aseks (Belahan Dedua) Bakteria

You may also like

Leave a Comment