Mitosis & Meiosis

by Cikgu Azhar
0 comment
Image by Arek Socha from Pixabay

Bab 5 | Genetik

Topik 5.1 : Pembahagian Sel

Dalam topik ini, pelajar akan didedahkan dengan standard pembelajaran berikut:

  1. Menerangkan gen, asid deoksiribonukleik (DNA) dan kromosom dalam nukleus.
  2. Membanding dan membezakan mitosis dan meiosis.
  3. Mewajarkan kepentingan mitosis dan meiosis.

Mitosis adalah proses pembahagian sel di mana sel induk membahagikan kepada dua sel anak yang serupa dan setiap sel anak mempunyai bilangan kromosom yang sama seperti sel induk. Mitosis dijalankan oleh sel-sel somatik dalam manusia dan haiwan. Manakala dalam tumbuh-tumbuhan, mitosis berlaku dalam meristems tumbuhan seperti hujung akar dan pucuk.

Meiosis adalah satu proses di mana nukleus sel induk membahagi kepada empat nukleus (empat sel anak) melalui dua kali pembahagian iaitu meiosis I dan meiosis II. Sel induk dipanggil diploid (2n) manakala sel anak adalah haploid (n). Meiosis ini berlaku dalam testis bagi lelaki dan ovari bagi perempuan manakala dalam tumbuh-tumbuhan ia berlaku dalam anthers dan ovari.

You may also like

Leave a Comment