SAINS T5 – Topik 6.1: Faktor Yang Mempengaruhi Hasil Elektrolisis

by Cikgu Azhar
0 comment

Penerangan Sains Tingkatan 5 KSSM bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid adalah digalakkan menonton video yang disediakan di blog cikguazhar.com. Bagi murid yang mengikuti audio podcast, murid-murid PERLU mendengar penerangan ini berbantukan buku teks Sains Tingkatan 5 m/s 182-191 (Sasbadi Sdn Bhd) atau juga boleh dilihat di pautan ini (Buku Teks Sains Tingkatan 5) atau sambil mengikuti nota yang disediakan di bawah.

Youtube

Faktor yang mempengaruhi hasil elektrolisis:
1. Kedudukan ion dalam Siri elektrokimia
2. Kepekatan elektrolit
3. Jenis elektrod

Kedudukan ion dalam siri elektrokimia ialah logam-logam disusun mengikut kecenderungan atomnya bagi menderma elektron. Semakin tinggi kedudukan sesuatu logam dalam dalam siri elektrokimia, semakin mudah bagi atom tersebut menderma elektron.

Jenis elektrod yang digunakan juga adalah mempengaruhi pemilihan ion untuk dinyahcaskan. Sekiranya jenis logam yang digunakan sebagai anod adalah sama seperti jenis ion logam dalam elektrolit, maka di anod atom logam akan mengion untuk membentuk ion positif yang melarut ke dalamnya elektronit. Di katod pula ion logam tersebut akan dinyahcas lalu membentuk logam yang terenap pada katod. Justeru kepekatan ion logam dalam elektronit tidak berubah kerana kadar atom logam mengion untuk membentuk ion logam di anod adalah sama dengan kadar ion logam dinyahcas untuk membentuk atom logam lalu terenap pada katod.

Sekiranya jenis bahan yang digunakan sebagai anod tidak sama dengan jenis ion logam dalam elektrolit, maka atom di anod tidak akan melarut dalam elektrolit sebaliknya ion negatif dalam elektrolit pula dinyahcas di anod. Di katod pula ion yang kurang elektropositif akan dipilih untuk dinyahcas.

Sel kering juga melibatkan penggunaan elektrolit

You may also like

Leave a Comment