Penerangan Sains Tingkatan 2 KSSM bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid adalah digalakkan menonton video yang disediakan di blog cikguazhar.com. Bagi murid yang mengikuti audio podcast, murid-murid PERLU mendengar penerangan ini berbantukan buku teks Sains Tingkatan 2 m/s 153,154 & 156 (Terbitan Karangkraf Network) atau juga boleh dilihat di pautan ini (Buku Teks Sains Tingkatan 2) atau https://anyflip.com/cabyg/tsih atau sambil mengikuti nota yang disediakan di bawah.
Podcast
Youtube
Litar bersiri terdiri daripada komponen elektrik yang disambungkan secara bersebelahan bagi membentuk satu laluan tunggal untuk arus mengalir.
Arus yang mengalir melalui setiap mentol adalah sama. Jumlah voltan pula merupakan hasil tambah voltan yang merentasi setiap mentol. Rintangan berkesan, R merupakan hasil tambah rintangan yang merentasi komponen.