previous post
Proses pembuatan sabun dikenali sebagai proses saponifikasi atau hidrolisis minyak beralkali. Sabun boleh dihasilkan melalui tindak balas antara minyak dan alkali pekat seperti larutan natrium hidroksida atau kalium hidroksida.
Apabila larutan natrium hidroksida pekat ditambahkan ke dalam minyak kelapa sawit, hidrolisis akan berlaku iaitu minyak akan diasingkan kepada asid lemak dan gliserol. Asid lemak kemudiannya bergabung dengan ion natrium untuk membentuk sabun. Oleh itu, sabun sebenarnya adalah garam natrium asid lemak.