Penerangan Sains Tingkatan 2 KSSM bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid adalah digalakkan menonton video yang disediakan di blog cikguazhar.com. Bagi murid yang mengikuti audio podcast, murid-murid PERLU mendengar penerangan ini berbantukan buku teks Sains Tingkatan 2 m/s 173-174 (Terbitan Karangkraf Network) atau juga boleh dilihat di pautan ini (Buku Teks Sains Tingkatan 2) atau https://anyflip.com/cabyg/tsih atau sambil mengikuti nota yang disediakan di bawah.
Video
Podcast
Hukum newton ketiga menyatakan bahawa bagi setiap daya tindakan terdapat daya tindak balas yang sama magnitud tetapi bertentangan arah.
Situasi A
Buku yang berada di atas meja mengalami tindakan daya tarikan graviti yang dikenali sebagai berat. Pada masa yang sama juga, daya tindak balas yang dikenali sebagai daya normal akan wujud dalam arah bertentangan. Oleh itu buku kekal di atas meja kerana magnitud berat iaitu daya tindakan adalah sama dengan daya normal iaitu daya tindak balas.
Situasi B
Begitu juga dengan bongkah kayu yang terapung di permukaan air juga mengalami tindakan daya graviti yang dipanggil sebagai berat. Pada masa yang sama daya tindak balas ini juga disebut sebagai daya apungan akan wujud dalam arah yang bertentangan menyebabkan objek iaitu bongkah kayu tersebut boleh terapung di atas permukaan air kerana magnitud berat (daya tindakan) adalah sama dengan daya apungan daya (tindak balas).