Penerangan Sains Tingkatan 4 KSSM bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid-murid PERLU mendengar rakaman audio Podcast atau video ini bersama-sama buku teks Sains Tingkatan 4 m/s 173 (Terbitan Odonata Publishing) masing-masing atau boleh lihat dipautan ini http://anyflip.com/phexa/rpxa.
Podcast
Youtube
Kebanyakan atom memiliki susunan elektron yang tidak stabil. Maka, unsur-unsur yang tidak stabil ini lebih cenderung untuk membentuk susunan elektron yang stabil. Unsur tidak stabil ini membentuk ion melalui pendermaan elektron pada petala terakhir kepada atom lain atau menerima elektron pada petala terakhir daripada atom lain. Ini bertujuan untuk mencapai susunan elektron duplet atau oktet yang stabil.
Susunan elektron duplet ialah susunan elektron yang stabil yang mempunyai 2 elektron pada petala pertama. Manakala susunan elektron oktet ialah susunan elektron yang stabil yang mempunyai 8 elektron pada petala terakhir.
Apabila sesuatu atom menderma atau menerima elektron, atom itu menjadi zarah bercas yang dikenali sebagai ion.
- Ion positif terbentuk apabila atom unsur logam menderma elektron.
- Ion negatif terbentuk apabila atom unsur bukan logam menerima elektron.