Penerangan Sains Tingkatan 4 KSSM bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid-murid PERLU mendengar rakaman audio Podcast atau video ini bersama-sama buku teks Sains Tingkatan 4 m/s 171 (Terbitan Odonata Publishing) masing-masing atau boleh lihat dipautan ini http://anyflip.com/phexa/rpxa.
A. Jadual Berkala Unsur Moden
Podcast
Youtube
Jadual berkala disusun mengikut tertib menaik nombor proton dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah. Nombor proton adalah bilangan proton yang terdapat di dalam nukleus suatu atom. Apabila merentasi kala dari kiri ke kanan, didapati sifat kimia dan sifat fizik unsur berubah secara beransur-ansur seperti berikut:
- Sifat logam berkurang dan sifat bukan logam meningkat.
- Perubahan sifat oksida daripada oksida bes kepada oksida asid.
- Sifat kekonduksian arus elektrik semakin berkurang.
Sumber imej: freepik.com