Penerangan Sains Tingkatan 4 KSSM bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid adalah digalakkan menonton video yang disediakan di blog cikguazhar.com. Bagi murid yang mengikuti audio podcast, murid-murid PERLU mendengar penerangan ini berbantukan buku teks Sains Tingkatan 4 m/s 158 (Terbitan Odonata Publishing) masing-masing atau boleh lihat dipautan ini http://anyflip.com/phexa/rpxa.
Podcast
Youtube
Kaca diperbuat daripada silika. Silika adalah sebatian yang mengandungi silikon dioksida dan ia wujud secara semulajadi di dalam pasir. Silika perlu dileburkan sehingga 1500°C supaya ia mencair dan dapat dibentuk menjadi kaca.
Terdapat beberapa jenis kaca seperti kaca silika terlakur, kaca soda kapur, kaca borosilikat dan kaca plumbum.
Seramik adalah bahan bukan logam yang terhasil daripada tindakan haba pada suhu yang tinggi. Seramik diperbuat daripada tanah liat yang mengandungi aluminium silikat.
Sifat keramik adalah tahan haba dan tekanan yang tinggi sangat keras, rapuh, lengai terhadap bahan kimia dan tidak berkarat. Selain itu seramik juga merupakan penebat haba dan penebat elektrik yang baik.