SAINS T2 – Topik 7.1: Keelektrikan (Hukum Ohm)

by Cikgu Azhar
0 comment

Penerangan Sains Tingkatan 2 KSSM bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid adalah digalakkan menonton video yang disediakan di blog cikguazhar.com. Bagi murid yang mengikuti audio podcast, murid-murid PERLU mendengar penerangan ini berbantukan buku teks Sains Tingkatan 2 m/s 150 (Terbitan Karangkraf Network) atau juga boleh dilihat di pautan ini (Buku Teks Sains Tingkatan 2) atau https://anyflip.com/cabyg/tsih atau sambil mengikuti nota yang disediakan di bawah.

Podcast

Youtube

Hukum Ohm menyatakan bahawa arus elektrik yang mengalir melalui suatu konduktor adalah berkadar terus dengan voltan yang merentasi dua hujung konduktor dengan syarat suhu dan keadaan fizikal lain adalah tetap.

Rintangan ialah keupayaan sesuatu konduktor untuk menghadkan atau menentang aliran arus elektrik melaluinya.

Unit rintangan ialah Ohm (Ω). Terdapat dua jenis perintang iaitu perintang piawai yang mempunyai rintangan yang tetap dan perintang boleh ubah seperti reostat yang mempunyai rintangan yang boleh diubah.

Perintang Piawai (Sumber imej: Wikipedia)

You may also like

Leave a Comment