SAINS T4 – Topik 9.3: Pemvulkanan Getah

by Cikgu Azhar
0 comment

Penerangan Sains Tingkatan 4 KSSM bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid adalah digalakkan menonton video yang disediakan di blog cikguazhar.com. Bagi murid yang mengikuti audio podcast, murid-murid PERLU mendengar penerangan ini berbantukan buku teks Sains Tingkatan 4 m/s 196 (Terbitan Odonata Publishing) masing-masing atau boleh lihat dipautan ini http://anyflip.com/phexa/rpxa.

 

Podcast

Youtube

Pemvulkanan getah adalah proses dimana getah dipanaskan bersama-sama dengan atom sulfur. Tujuan proses pemvulkanan ini adalah untuk membaiki sifat getah bagi menjadikan kita lebih kuat dan tahan terhadap. Dengan proses pemvulkanan atom-atom sulfur akan ditambah ke dalam molekul-molekul polimer getah asli yang berbentuk rantai panjang. Getah yang terhasil melalui proses ini dikenali sebagai getah tervulkan.

Struktur getah tervulkan akan mempunyai ikatan antara setiap rantai polimer getah. Rangkai silang sulfur akan mengikat di antara setiap rantai polimer getah. Rangkai silang sulfur ini akan menyebabkan getah tervulkan sukar untuk menggelongsor di antara satu sama lain apabila daya atau haba dikenakan ke atasnya. Struktur getah tervulkan yang sukar untuk diputuskan ini memberikannya sifat baru iaitu lebih keras dan mempunyai ketahanan terhadap haba yang tinggi.

Antara produk yang menggunakan getah tervulkan.
Ciri-ciri getah tervulkan ialah keras, lebih kenyal, penebat elektrik yang baik, tidak bertindak balas dengan asid atau alkali, tidak mudah teroksida di udara, tahan terhadap haba dan tidak telap terhadap cecair dan udara.
 
Antara barangan yang dihasilkan menggunakan getah tervulkan ialah tayar kenderaan, getah sarung tangan, tapak kasut, getah colour, Asfalt Terubahsuai Getah Bekuan (CMA) dan pad landasan kereta api elektrik.

You may also like

Leave a Comment