SAINS T5 – Topik 7.1: Pembentukan Imej oleh Kanta Cembung dan Kanta Cekung

by Cikgu Azhar
0 comment

Penerangan Sains Tingkatan 5 KSSM bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid adalah digalakkan menonton video yang disediakan di blog cikguazhar.com. Bagi murid yang mengikuti audio podcast, murid-murid PERLU mendengar penerangan ini berbantukan buku teks Sains Tingkatan 5 m/s 202-203 (Sasbadi Sdn Bhd) atau juga boleh dilihat di pautan ini (Buku Teks Sains Tingkatan 5) atau sambil mengikuti nota yang disediakan di bawah.

Podcast

Youtube

Eksperimen Ringkas - Ciri Imej yang dihasilkan oleh Kanta Cembung & Kanta Cekung

Kanta adalah medium lutsinar seperti kaca yang mempunyai satu ataupun dua permukaan melengkung. Terdapat dua jenis kanta iaitu kanta cembung dan kanta cekung. Kanta cembung terbahagi kepada 3 jenis lagi iaitu dwicekung planocembung dan meniskus cembung manakala kanta cekung terdiri daripada dwicekung planocekung dan meniskus cekung.

Sinar cahaya adalah menumpu setelah melalui kanta cembung manakala sinar cahaya akan mencapai setelah melalui kanta cekung. Kanta cembung dikenali sebagai kanta penumpu manakala kanta cekung dikenali sebagai kanta pencapah.

Titik fokus, F adalah satu titik dengan keadaan sinar cahaya tuju yang selari dengan paksi utama akan tertumpu kepadanya setelah melalui kanta cembung. Panjang fokus, f adalah jarak di antara titik fokus dengan garisan tengah kanta.

Ciri-ciri imej yang dibentuk oleh kanta cembung ialah nyata, mengecil dan songsang manakala ciri-ciri imej yang dibentuk oleh kanta cekung ialah maya, mengecil dan menegak.

You may also like

Leave a Comment