SAINS T4 – Topik 10.1: Jenis Perubatan Komplementari

by Cikgu Azhar
0 comment

Penerangan Sains Tingkatan 4 KSSM bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid adalah digalakkan menonton video yang disediakan di blog cikguazhar.com. Bagi murid yang mengikuti audio podcast, murid-murid PERLU mendengar penerangan ini berbantukan buku teks Sains Tingkatan 4 m/s 208-209 (Terbitan Odonata Publishing) masing-masing atau boleh lihat dipautan ini http://anyflip.com/phexa/rpxa.

Video

Podcast

Perubatan komplimentari bukan hanya fokus kepada penyakit semata-mata tetapi ia secara menyeluruh seperti fizikal mental dan emosi.

Akupuntur adalah sejenis rawatan yang menggunakan jarum steril yang dimasukkan ke dalam titik-titik akupuntur untuk merangsang sistem saraf bagi melegakan kesakitan.

Kiropraktik tidak menggunakan ubat tetapi menggunakan kemahiran untuk membetulkan kedudukan tulang menggunakan tangan untuk merawat sakit belakang, sakit sendi, sakit kepala dan kecederaan akibat bersukan.

Urutan tradisional adalah kaedah yang menggunakan tangan, jari dan penumbuk bagi memanipulasikan tisu lembut badan untuk melegakan keresahan, kesakitan, ketegangan otot, keletihan dan masalah urat saraf.

Homeopati adalah ubat yang diberikan kepada pesakit berdasarkan kepada gejala yang ditunjukkan seperti demam atau batuk dimana ubat yang diberikan ini adalah untuk menguatkan keupayaan tubuh badan bagi melawan penyakit dan bukannya ubat untuk membunuh kuman penyakit tersebut.

Terapi herba adalah menggunakan tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang mempunyai khasiat bagi mengubati penyakit. Penggunaan herba ini lebih diyakini kerana ia adalah bersumberkan daripada alam semulajadi yang tidak mendatangkan kesan sampingan dan tiada dadah yang boleh memudaratkan badan.

Akupuntur menggunakan jarum steril yang dimasukkan ke dalam titik-titik akupuntur untuk merangsang sistem saraf

You may also like

Leave a Comment