Video
Laju adalah kadar perubahan jarak. Laju purata adalah kadar perubahan jumlah jarak yang dilalui. (Unit S.I: ms⁻¹)
Halaju adalah kadar perubahan sesaran. (Unit S.I: ms⁻¹)
Pecutan ditakrifkan sebagai kadar perubahan halaju. Dimana apabila sesuatu jasad ataupun objek yang mengalami perubahan halaju, maka ia dikatakan mempunyai pecutan. Sekiranya sesuatu objek menjadi perlahan dan halaju nya berkurangan, maka keadaan ini disebut sebagai sedang mengalami nyahpecutan. Unit S.I bagi pecutan ialah ms−2)