Penerangan Sains Tingkatan 2 KSSM bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid adalah digalakkan menonton video yang disediakan di blog cikguazhar.com. Bagi murid yang mengikuti audio podcast, murid-murid PERLU mendengar penerangan ini berbantukan buku teks Sains Tingkatan 2 m/s 171-172 (Terbitan Karangkraf Network) atau juga boleh dilihat di pautan ini (Buku Teks Sains Tingkatan 2) atau https://anyflip.com/cabyg/tsih atau sambil mengikuti nota yang disediakan di bawah.
Video
Podcast
Daya boleh diukur menggunakan neraca spring. Unit S.I bagi daya adalah Newton (N). Berat sesuatu objek adalah daya tarikan graviti terhadap objek tersebut. Di bumi sesuatu objek yang mempunyai jisim 100 g mempunyai berat 1N. Oleh itu objek yang mempunyai jisim 1 kg mempunyai berat 10 N.