SAINS T4 – Topik 10.1: Ubat Tradisional dan Ubat Moden

by Cikgu Azhar
0 comment

Penerangan Sains Tingkatan 4 KSSM bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid adalah digalakkan menonton video yang disediakan di blog cikguazhar.com. Bagi murid yang mengikuti audio podcast, murid-murid PERLU mendengar penerangan ini berbantukan buku teks Sains Tingkatan 4 m/s 206-207 (Terbitan Odonata Publishing) masing-masing atau boleh lihat dipautan ini http://anyflip.com/phexa/rpxa.

Video

Podcast

Ubat adalah dadah atau bahan yang diambil untuk mengawal kesihatan, merawat atau mencegah sesuatu penyakit. 
 
Ubat tradisional adalah diperolehi daripada sumber semulajadi seperti haiwan dan tumbuhan tanpa diproses secara kimia. Contoh ubat tradisional adalah seperti aloe vera, ginseng, halia, pokok bunga raya dan kuinina. Aloe vera berfungsi untuk mengurangkan kesakitan kulit akibat selaran matahari (sunburn) atau terkena objek panas. Ginseng adalah popular digunakan dalam kalangan kaum Cina untuk memelihara kesihatan. Halia berfungsi untuk melegakan bengkak dan menghilangkan sengal-sengal pada badan dan menghilangkan angin dari badan. Pokok bunga raya digunakan untuk merawat keguguran rambut dan sakit kepala. Kuinina digunakan untuk membuat ubat penyakit malaria.
 
Bunga raya, kuinina dan aloe vera
Halia dan Ginseng adalah bersumberkan daripada tumbuhan
Ubat moden telah dihasilkan dalam makmal secara kimia dan dijual secara meluas di pasaran. Terdapat tiga jenis ubat moden iaitu analgesik, antibiotik dan psikoteraputik. 
 
Analgesik berfungsi untuk melegakan kesakitan. Contohnya seperti aspirin, paracetamol dan kodeina. 
 
Antibiotik berfungsi untuk membunuh dan menghalang pertumbuhan bakteria yang menyebabkan penyakit. Ia dihasilkan daripada kumpulan mikroorganisma seperti kulat dan bakteria. Ubat antibiotik perlu dihabiskan mengikut dos yang telah ditetapkan oleh pengamal perubatan. Contoh aktiviti adalah seperti penisilin dan streptomisin. 
 
Psikoteraputik adalah digunakan untuk merawat pesakit psikiatrik. Ubat ini tidak boleh diambil sewenang-wenangnya dan pesakit yang mengambil ubat ini perlulah mengikut dos yang telah ditetapkan kerana ia boleh mengubah perasaan pemikiran dan tingkah laku seseorang individu. Ubat ini terdiri daripada tiga jenis iaitu stimulan antidepresan dan antipsikotik. Stimulan berfungsi untuk merangsang dan mengaktifkan kegiatan otak badan dan perasaan pesakit. Contoh stimulan adalah amfetamina. Antidepresan berfungsi untuk mengawal keadaan kemurungan. Contoh ubat adalah imipramin dan amitriptilin. Antipsikotok adalah ubat penenang. Contoh adalah trankuiliser, barbiturat dozapin dan haloperidol.
Ubat Moden dihasilkan dalam makmal secara kimia

You may also like

Leave a Comment