SAINS T4 – Topik 9.3: Polimer

by Cikgu Azhar
0 comment

Penerangan Sains Tingkatan 4 KSSM bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid adalah digalakkan menonton video yang disediakan di blog cikguazhar.com. Bagi murid yang mengikuti audio podcast, murid-murid PERLU mendengar penerangan ini berbantukan buku teks Sains Tingkatan 4 m/s 192-193 (Terbitan Odonata Publishing) masing-masing atau boleh lihat dipautan ini http://anyflip.com/phexa/rpxa.

Podcast

Youtube

Polimer adalah molekul besar berbentuk rantaian yang terdiri daripada gabungan unit molekul kecil yang dikenali sebagai monomer.

Polimer boleh dikelaskan kepada polimer semulajadi dan polimer sintetik. Polimer semulajadi ialah polimer yang wujud secara semulajadi manakala polimer sintetik ialah polimer buatan manusia yang dihasilkan secara perkilangan menggunakan bahan kimia. Antara contoh polimer semulajadi ialah kanji yang terdiri daripada monomer glukosa, protein yang terdiri daripada monumer asid amino dan getah asli yang terdiri daripada monomer isoprena.

Contoh polimer sintetik pula ialah polietena yang terdiri daripada monomer etena, polistrena yang terdiri daripada monomers stirena, perspeks yang terdiri daripada monomer metil metakrilat dan getah sintetik yang terdiri daripada monomer neoprena.

Pempolimeran ialah proses percantuman atau penggabungan monomer melalui pembentukan ikatan kimia yang membentuk polimer bermolekul besar dalam bentuk rantaian panjang.

Pempolimeran adalah proses yang yang berlaku apabila molekul polimer berbentuk rantai panjang dipisahkan kepada monomer-monomernya.

Pempolimeran yang melibatkan monomer jenis yang sama dengan pemecahan ikatan ganda dua menjadikan ikatan tunggal dikenali sebagai pempolimeran penambahan seperti polimer polietena.

Polivinil klorida (PVC) juga merupakan polimer sintetik

You may also like

Leave a Comment