SAINS T5 – Topik 6.2: Sel Kimia

by Cikgu Azhar
0 comment

Penerangan Sains Tingkatan 5 KSSM bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid adalah digalakkan menonton video yang disediakan di blog cikguazhar.com. Bagi murid yang mengikuti audio podcast, murid-murid PERLU mendengar penerangan ini berbantukan buku teks Sains Tingkatan 5 m/s 192-194 (Sasbadi Sdn Bhd) atau juga boleh dilihat di pautan ini (Buku Teks Sains Tingkatan 5) atau sambil mengikuti nota yang disediakan di bawah.

Podcast

Youtube

Sel kimia ringkas terdiri daripada dua logam yang berlainan jenis yang di celupkan ke dalam suatu elektrolit dan disambungkan melalui litar keluar dengan wayar penyambung.

Logam yang berlainan yang digunakan sebagai elektrolit bagi sel kimia akan menghasilkan tenaga elektrik. Namun sekiranya logam yang sama jenis digunakan sebagai terminal positif dan negatif bagi sel ringkas tidak akan menghasilkan tenaga elektrik. Pergerakan elektron dari terminal negatif ke terminal positif melalui litar luar sel akan menghasilkan tenaga elektrik dan perubahan tenaga yang berlaku dalam sel kimia adalah daripada tenaga kimia kepada tenaga elektrik.

Terdapat beberapa jenis aplikasi konsep sel kimia yang digunakan dalam kehidupan seharian. Antaranya adalah seperti sel kering, akumulator asid plumbum, bateri alkali, bateri nikel kadmium dan bateri argentum oksida merkuri.
Akumulator asid plumbum digunakan sebagai bateri kereta.

You may also like

Leave a Comment