SAINS T5 – Topik 8.1: Prinsip Bernoulli

by Cikgu Azhar
0 comment

Video

Video kali ini menerangkan tentang hubungkait antara halaju bendalir dengan tekanan.

Prinsip Bernoulli menyatakan bahawa bendalir yang bergerak dengan halaju tinggi akan menghasilkan tekanan yang lebih rendah pada kawasan tersebut.

Tiub venturi merupakan tiub tidak seragam dengan bahagian tengah lebih sempit. Apabila bendalir melalui kawasan sempit tersebut, halaju bendalir akan meningkat dan tekanan di kawasan tersebut akan berkurang.

Pada topik berikutnya kita akan bincangkan tentang aplikasi Prinsip Bernoulli dalam kehidupan harian.

Kipas yang terdapat pada helikopter mengaplikasikan Prinsip Bernoulli

You may also like

Leave a Comment