Protozoa sejenis haiwan halus.. Betul ke?

by Cikgu Azhar
0 comment

Protozoa memang dikatakan seakan-akan haiwan kerana memiliki ciri-ciri seperti haiwan. Walaubagaimanapun, mikroorganisma ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar melainkan melalui mikroskop.

Protozoa

  • Saiz: merupakan mikroorganisma unisel. Berukuran 5 μm hingga 250 μm. Dapat dilihat melalui mikroskop biasa.
  • Bentuk: mempunyai pelbagai bentuk. Contoh paramesium berbentuk seperti selipar manakala Amoeba tidak mempunyai bentuk yang tetap.
Struktur Asas Paramecium sp
Struktur Asas Amoeba sp
  • Nutrisi: protozoa menjalankan fotosintesis seperti Euglena. Parasit seperti plasmodium dan amoeba yang mendapat makanan secara fagositosis (lihat animasi pendek dalam video di bawah) dengan menggunakan unjuran sitoplasma yang dikenali sebagai pseudopodium
  • Cara pembiakan: pembiakan seks (konjugasi), pembiakan aseks (belahan dedua).
Pembiakan Asek Secara Belahan Dedua (Binary Fission)
Pembiakan Sek Secara Konjugasi
  • Habitat: paramesium hidup di kawasan air tawar manakala amiba di kawasan tanah lembap air tawar air laut dan perumah.

Photo by Gabby K from Pexels

You may also like

Leave a Comment