SAINS T2 – Topik 7.1: Keelektrikan

by Cikgu Azhar
0 comment

Penerangan Sains Tingkatan 2 KSSM bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid adalah digalakkan menonton video yang disediakan di blog cikguazhar.com. Bagi murid yang mengikuti audio podcast, murid-murid PERLU mendengar penerangan ini berbantukan buku teks Sains Tingkatan 2 m/s 142 (Terbitan Karangkraf Network) atau juga boleh dilihat di pautan ini (Buku Teks Sains Tingkatan 2) atau https://anyflip.com/cabyg/tsih atau sambil mengikuti nota yang disediakan di bawah.

Podcast

Youtube

Tenaga adalah keupayaan untuk melakukan kerja. Tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan tetapi ia boleh berubah dalam pelbagai bentuk. Tenaga diukur dengan menggunakan unit S.I iaitu joule (J). Tenaga boleh diperoleh dari pelbagai sumber seperti matahari, geoterma, angin, air, ombak, biojisim, bahan api fosil dan bahan radioaktif. 

Sekiranya anda pernah terkena renjatan elektrik, ia berlaku kerana pemindahan caj elektrik antara badan kita dengan sumber elektrik tersebut yang mempunyai cas elektrik yang statik. Cas elektrik yang statik itu dikenali sebagai cas elektrostatik. 

Secara asasnya cas-cas yang sama jenis seperti positif dengan positif atau negatif dengan negatif akan saling menolak antara satu sama lain. Cas-cas yang berlainan jenis seperti positif dengan negatif akan saling menarik. Daya tarikan dan daya tolakan antara charge elektrik ini dikenali sebagai daya elektrostatik. 

Penjana Van de Graaff (Sumber imej: Wikipedia)

Apabila dua bahan digosok, hanya elektron sahaja yang dipindahkan daripada satu bahan ke bahan yang lain manakala proton tidak bergerak. Bahan yang menerima elektron akan bercas negatif kerana ia memiliki pertambahan bilangan elektron di dalamnya. Bahan yang mengalami kehilangan elektron pula akan memiliki bilangan proton yang lebih banyak maka ia akan bercas positif. Sesuatu bahan dikatakan neutral apabila bilangan proton dan elektron adalah sama.

Pembaris yang digosok dengan kain bulu, akan menerima elektron daripada kain bulu dan akan bercas negatif. Ini membolehkan pembaris menarik cebisan kertas yang bercas neutral kerana wujudnya daya tarikan antara cas positif pada kertas dan cas negatif pada pembaris.

Elektroskop adalah sejenis alat yang digunakan untuk mengesan kewujudan cas elektrik pada sesuatu objek. Kerajang emas yang terdapat di dalam elektroskop tidak mencapah apabila sesuatu bahan itu bersifat neutral. Kerajang emas pula akan mencapah apabila sesuatu bahan itu bercas positif atau negatif kerana cas yang sama akan menolak antara satu sama lain. (Sila rujuk rajah 7.5 m/s 146).

Contoh elektrostatik dalam kehidupan harian kita ialah kejadian kilat. Kilat ialah fenomena berkaitan dengan cas elektrostatik. Geseran antara awan dan udara akan menyebabkan awan dicas dengan cas – cas elektrik. Kilat berlaku kerana daya tarikan yang wujud antara caj positif kepada bumi dan cas negatif kepada awan.

Sumber imej: freepik.com

You may also like

Leave a Comment