SAINS T4 – Topik 3: Isotop

by Cikgu Azhar
0 comment

Penerangan Sains Tingkatan 4 KSSM bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid adalah digalakkan menonton video yang disediakan. Bagi murid yang mengikuti audio podcast, murid-murid PERLU mendengar penerangan ini berbantukan buku teks Sains Tingkatan 4 m/s 175 (Terbitan Odonata Publishing) masing-masing atau boleh lihat dipautan ini http://anyflip.com/phexa/rpxa.

Podcast

Youtube

Isotop ialah atom-atom yang mempunyai bilangan proton yang sama tetapi bilangan neutron yang berbeza.

Isotop ditulis dengan nombor nukleon. Nombor nukleon merujuk kepada jumlah bilangan proton dan Neutron di dalam nukleus sesuatu atom itu. Sebagai contoh isotop hidrogen mempunyai satu proton dan Neutron ditulis sebagai Hidrogen-3.

Isotop digunakan dalam pelbagai bidang seiring dengan perkembangan teknologi masa kini. Radioisotop ialah isotop tidak stabil yang memancarkan sinaran radioaktif. Walaupun ia mengeluarkan sinaran berbahaya seperti sinar gamma, namun ia mempunyai kegunaan yang penting jika dikendalikan dengan betul. Sebagai contoh sinar gamma daripada kobalt-60 digunakan untuk membunuh sel kanser. Sinar gamma daripada kobalt-60 juga digunakan untuk membasmi mikroorganisma pada sayuran tanpa mengubah kualiti makanan tersebut. Dalam pertanian fosforus-32 disuntik ke dalam akar tumbuhan untuk mengkaji kadar penyerapan baja fosforus dalam tumbuhan.

Fosforus-32 digunakan untuk mengkaji kadar penyerapan baja fosforus oleh akar

Amerisium-241 digunakan untuk mengawal ketebalan kertas. Uranium 235 digunakan untuk menjana tenaga elektrik dalam reaktor nuklear. Karbon-14 digunakan untuk mengkaji usia artifak purba. Karbon-14 juga digunakan untuk menentukan usia batuan. Iodin-131 memancarkan sinar gama digunakan untuk mengesan kerosakan kelenjar tiroid. Karbon-14 juga digunakan untuk mengkaji lintasan karbon dalam proses fotosintesis pada tumbuhan hijau.

Sumber imej: freepik.com

You may also like

Leave a Comment