Proses Ekdisis

by Cikgu Azhar
5 comments

Anda pernah dengar tentang haiwan menyalin kulit? 

Inilah proses penanggalan kulit bagi kebanyakan haiwan invertebrata proses ini dikenali sebagai proses ekdisis. Semasa proses ekdisis, rangka luar yang baharu dan lembut akan terbentuk di bawah rangka luar yang lama. Kemudian, haiwan berangka luar akan menyedut udara bagi mengembangkan badannya. Tindakan menyedut udara ini akan memecahkan rangka luar yang lama telah keras. Pertumbuhan pesat akan berlaku bagi penambahan saiz haiwan sebelum rangka luar yang baharu mengeras. Haiwan berangka luar akan mengalamai beberapa peringkat ekdisis sebelum mencapai peringkat dewasa.

Peringkat ekdisis ini menyebabkan graf lengkung pertumbuhan haiwan tersebut berbentuk tangga. Pada peringkat nimfa, haiwan akan makan dengan banyak untuk membina tisu-tisu baharu dan mengalami pertambahan jisim. Hormon akan mengawal setiap peringkat ekdisis ini.

Proses Ekdisis bebrapa Haiwan Invertebrata

Foto oleh Bernard Dupont

You may also like

5 comments

Amni Insyirah August 14, 2020 - 4:53 am

Thank you! Senang faham.

Reply
RAJA ARINA November 19, 2020 - 6:18 am

cikgu nk tya la mengapakah proses ekdisis penting dalam invertebrata dengan rangka luar haiwan?

Reply
Cikgu Azhar December 14, 2020 - 11:57 am

haiwan invetebrata yng berangka luar iaitu kulit luar depa tak anjal untuk alami proses tumbesaran, so untuk nak membesar depa terpaksa la kena tanggalkan kulit luar depa.. kalau tak mcm mana nak membesar..

Reply
Syedzy August 14, 2021 - 12:31 am

Senang nak faham…thanks!

Reply
Ashikin September 3, 2021 - 2:06 pm

Thankyou easy to understand 👍🏻🌹

Reply

Leave a Reply to Syedzy Cancel Reply