Penerangan Sains Tingkatan 2 KSSM bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Bagi rakaman audio podcast, murid-murid PERLU mendengar audio tersebut bersama-sama buku teks Sains Tingkatan 2 m/s 133 (Terbitan Karangkraf Network) atau juga boleh dilihat di pautan ini (Buku Teks Sains Tingkatan 2) atau https://anyflip.com/cabyg/tsih atau sambil mengikuti nota yang disediakan di bawah.
Podcast
Youtube
Peneutralan adalah tindak balas antara asid dengan alkali untuk menghasilkan garam dan air. Semasa peneutralan, asid hilang sifat asidnya dan alkali hilang sifat alkalinya. Kaedah yang digunakan untuk menjalankan tindak balas peneutralan ini ialah pentitratan.
Aplikasi peneutralan dalam kehidupan harian adalah seperti penggunaan ubat gigi yang beralkali dan meneutralkan asid yang dihasilkan oleh bakteria di sekitar gigi ataupun dalam mulut kita. Penggunaan pembersih muka yang beralkali akan menjadikan kulit lebih kering. Oleh itu terdapat produk seperti penyegar yang sedikit berasid digunakan untuk meneutralkan semula kulit muka kita. Syampu rambut adalah sedikit beralkali. Manakala perapi rambut yang kita gunakan pula adalah sedikit berasid dapat meneutralkan sisa syampu pada rambut dan menjadikan rambut lebih lembut dan sihat.
Dalam pertanian pula, tanah yang berasid dapat dirawat dengan menggunakan kapur mati yang bersifat alkali ditabur pada tanah berasid supaya tanaman dapat tumbuh dengan sihat dan subur.
Pelembut fabrik yang mempunyai sifat asid akan meneutralkan kain fabrik yang sedikit beralkali kesan penggunaan serbuk pencuci.
Bahan buangan berasid daripada kilang juga dirawat dengan alkali sebelum ia dibebaskan secara peneutralan.
Sumber imej: freepik.com