SAINS T5 – Topik 5.5: Minyak Sawit

by Cikgu Azhar
0 comment
Penerangan Sains Tingkatan 5 KSSM bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Bagi rakaman audio podcast, murid-murid PERLU mendengar audio tersebut bersama-sama buku teks Sains Tingkatan 5 (m/s 160) atau klik 👉 http://online.anyflip.com/oxps/ppuv/mobile/index.html (Terbitan Sasbadi Sdn Bhd) atau mengikuti nota yang disediakan di bawah.
 

Podcast

Youtube

Struktur buah kelapa sawit terbahagi kepada sabut (mesokarp), isirung (kernel) dan tempurung (endokarp).
 
Sabut mengandungi minyak yang paling banyak manakala isirung mempunyai minyak yang sedikit tetapi paling berkualiti tinggi.
 
Proses pengekstrakan minyak sawit secara industri bermula daripada proses pensterilan, penanggalan dan pencernaan. Setelah sabut dan tempurung diasingkan kemudian  isirung akan diproses menerusi proses pengekstrakan secara berasingan. Sabut akan diekstrak menggunakan penekanan hidraulik dan seterusnya gentian sabut diasingkan daripada minyak sawit melalui penurasan. Stim dialirkan melalui minyak sawit untuk menghilangkan bau dan menyingkirkan asid yang menyebabkan ia menjadi masam. Minyak sawit akan dilalukan pada karbon yang diaktifkan untuk menuturkan warnanya.
 
Isirung pula dikukus pada tekanan tinggi dan diasingkan serta dikeringkan. Kemudian diekstrak dengan penekan hidraulik. Seterusnya isirung diasingkan daripada minyak sawit isirung melalui proses penurasan.
 
Minyak sawit terdiri daripada gliserol dan asid lemak. Sifat kimia bagi minyak sawit ialah dari aspek pengoksidaan, hidrolisis dan pengaturan. Untuk penjelasan lebih lanjut tentang aspek yang dinyatakan ini sila tonton video penerangan di atas.
 
Kandungan nutrisi dalam minyak sawit ialah ia mengandungi lemak vitamin E dan vitamin A, bahan antioksidan dan bahan yang terkandung dalam minyak sawit kurang daripada satu perarus seperti sterol, fosfatida, triterfenik dan alkohol alifatik.
 
Minyak sawit digunakan dalam bidang penjagaan kesihatan dan makanan seperti penghasilan tablet minyak vitamin E, barangan kosmetik dan pembuatan sabun.
 
Sumber imej: freepik.com

You may also like

Leave a Comment