SAINS T5 – Topik 5.4: Lemak

by Cikgu Azhar
0 comment

Penerangan Sains Tingkatan 5 KSSM bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Bagi rakaman audio podcast, murid-murid PERLU mendengar audio tersebut bersama-sama buku teks Sains Ting. 5 (m/s 157) atau klikhttp://online.anyflip.com/oxps/ppuv/mobile/index.html (Terbitan Sasbadi Sdn Bhd) atau mengikuti nota yang disediakan di bawah.

Podcast

Youtube

Lemak ialah sejenis sebatian karbon organik yang mengandungi unsur karbon hidrogen dan oksigen.
 
Lemak wujud dalam dua keadaan iaitu pepejal dan cecair. Lemak dalam keadaan pepejal pada suhu bilik adalah berasal daripada haiwan manakala lemak yang berada dalam keadaan cecair pada suhu bilik adalah berasal daripada tumbuhan.
 
Lemak terbahagi kepada dua jenis iaitu lemak tepu dan lemak tak tepu. Lemak tepu berasal daripada haiwan dan berada dalam keadaan pepejal pada suhu bilik. Lemak tepu juga memiliki takat lebur yang tinggi dan bilangan atom hidrogen yang maksimum.
 
Lemak tak tepu berasal daripada tumbuhan dan berada dalam keadaan cecair pada suhu bilik. Lemak tak tepu memiliki takat lebur nya rendah kerana bilangan atom hidrogen dalam molekul adalah belum maksimum. Lemak tak tepu masih boleh ditambah atom hidrogen ke dalam molekul. Penambahan atom hidrogen akan menyebabkan ia berubah menjadi keadaan pepejal pada suhu bilik.
 
Kesan pengambilan makanan yang mengandungi lemak berlebihan kepada kesihatan manusia ialah menyebabkan pembentukan batu karang hempedu yang boleh menyekat salur hempedu dan menyebabkan berlakunya jaundis. Selain itu, mendapan kolestrol pada bahagian dalam dinding arteri akan menyebabkan lumen arteri menjadi semakin sempit dan keadaan ini dikenali sebagai arteriosklerosis. Kesan daripada penyempitan lumen arteri ini menyebabkan berlakunya tekanan darah tinggi, stroke dan boleh menyebabkan serangan jantung yang membawa maut. Oleh itu kita perlulah mengurangkan pengambilan lemak tepu dalam pemakanan seharian kita dan mengambil lemak tak tepu kerana lemak tak tepu dapat merendahkan aras kolestrol dalam darah.
 
Sumber imej: freepik.com

You may also like

Leave a Comment