SAINS T4 – Topik 8.1: Asas Jirim

by Cikgu Azhar
0 comment

Penerangan Sains Tingkatan 4 KSSM bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Bagi rakaman audio podcast, murid-murid PERLU mendengar audio tersebut bersama-sama buku teks Sains Tingkatan 4 m/s 168 (Terbitan Odonata Publishing) masing-masing atau boleh lihat dipautan ini http://anyflip.com/phexa/rpxa. 

Podcast

Youtube

Terdapat tiga jenis bahan iaitu bahan atom bahan molekul dan bahan ion.

Bahan atom ialah darah yang paling kecil di dalam sesuatu unsur. Atom ialah unit paling asas dalam unsur. Bahan atau mengandungi zarah atom sahaja. Semua jenis logam adalah terdiri daripada bahan atom yang disusun secara rapat dan teratur. Namun bagi gas nadir susunan atom adalah berjauhan dan tidak teratur. Contoh bahan atom ialah emas, besi dan gas helium.

Molekul ialah gabungan dua atau lebih atom secara kimia. Molekul boleh terdiri daripada gabungan jenis atom yang sama atau berbeza. Contoh bahan molekul ialah oksigen, air dan karbon dioksida.

Ion ialah zarah zarah yang bercas, sama ada positif atau negatif. Ion terbentuk apabila sesuatu atom menderma atau menerima elektron. Contoh bahan ion ialah natrium klorida dan kuprum (II) sulfat.

Sumber imej: freepik.com

You may also like

Leave a Comment