SAINS T2 – Topik 5.3A: Pembersihan & Pembekalan Air

by Cikgu Azhar
0 comment
Penerangan Sains Tingkatan 2 KSSM bagi Bab 5 bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid-murid PERLU mendengar penerangan ini berbantukan buku teks Sains Tingkatan 2 m/s 113-117 (Terbitan Karangkraf Network) atau juga boleh dilihat di pautan ini (Buku Teks Sains Tingkatan 2) atau https://anyflip.com/cabyg/tsih.
 
Kaedah Pembersihan Air antaranya ialah pendidihan penurasan pengklorinan dan penyulingan.
Pengklorinan bertujuan untuk membunuh mikroorganisma. Pengklorinan juga untuk membunuh mikroorganisma. Penurasan adalah bertujuan untuk memisahkan bendasing terampai daripada cecair. Penyulingan pula untuk menyingkirkan bendasing terampai, bahan terlarut dan membunuh mikroorganisma.

Singapura adalah antara negara yang kekurangan sumber air. Mereka menggunakan teknologi moden iaitu melalui projek yang dikenali sebagai NEWater. Projek ini mengambil dan mengitar semula air kumbahan supaya dapat digunakan sebagai air minuman dan kegunaan industri.
Sistem pembekalan air.

Ada 6 proses utama dalam sistem pembekalan air iaitu penapisan, pengoksidaan, penggumpalan, pengenapan, penurasan dan pengklorinan dan pemflouridaan. 
 Penapisan bertujuan untuk menyingkirkan bendasing seperti ranting kayu dan daun.
  1. Pengoksidaan untuk menambah kandungan oksigen di dalam air bagi menyingkirkan bau dan rasa yang kurang menyenangkan.
  2. Penggumpalan adalah di mana alum dimasukkan supaya zarah-zarah Lumpur bergumpal dan tenggelam. Kapur mati iaitu kalsium hidroksida digunakan untuk mengurangkan keasidan air.
  3. Pengenapan ialah proses dimana bahan terampai mendak di dasar tangki.
  4. Penurasan bertujuan menyingkirkan bendasing dengan menggunakan penapis pasir.
  5. Pengklorinan dan penceritaan ialah bertujuan untuk membunuh mikroorganisma di dalam air dengan menggunakan klorin. Manakala natrium klorida digunakan untuk mengelakkan pereputan gigi.
Sumber imej: freepik.com

You may also like

Leave a Comment