SAINS T2 – Topik 7.3: Kemagnetan (Sifat Magnet & Medan Magnet)

by Cikgu Azhar
0 comment

Penerangan Sains Tingkatan 2 KSSM bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid adalah digalakkan menonton video yang disediakan di blog cikguazhar.com. Bagi murid yang mengikuti audio podcast, murid-murid PERLU mendengar penerangan ini berbantukan buku teks Sains Tingkatan 2 m/s 158-159 (Terbitan Karangkraf Network) atau juga boleh dilihat di pautan ini (Buku Teks Sains Tingkatan 2) atau https://anyflip.com/cabyg/tsih atau sambil mengikuti nota yang disediakan di bawah.

Podcast

Youtube

Magnet boleh wujud secara semulajadi dalam bentuk bentuk magnet walaubagaimanapun terdapat juga magnet buatan manusia yang diperbuat daripada gabungan bahan seperti besi, keluli, kobalt dan nikel yang digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian.

Sifat magnet ialah menarik bahan magnet, berkutub kutub utara dan kutub selatan, kutub sama jenis menolak manakala kutub berlainan jenis akan menarik dan menunjukkan arah utara-selatan apabila digantungkan secara bebas.

Garisan medan magnet

Medan magnet ialah kawasan di sekitar magnet yang wujud kesan daya oleh magnet. Ciri ciri garisan medan magnet ialah garisan medan magnet mengarah dari kutub utara ke kutub selatan magnet, garisan medan magnet tidak akan bertemu atau bersilang dan garisan medan magnet lebih rapat antara satu sama lain di kawasan yang mempunyai medan magnet yang lebih kuat.

Medan magnet di antara dua kutub yang sama jenis akan menghasilkan satu titik neutral dan tidak mempunyai sebarang medan magnet.

You may also like

Leave a Comment