SAINS T4 – Topik 10.1: Sumber Ubatan

by Cikgu Azhar
0 comment

Penerangan Sains Tingkatan 4 KSSM bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid adalah digalakkan menonton video yang disediakan di blog cikguazhar.com. Bagi murid yang mengikuti audio podcast, murid-murid PERLU mendengar penerangan ini berbantukan buku teks Sains Tingkatan 4 m/s 210-211 (Terbitan Odonata Publishing) masing-masing atau boleh lihat dipautan ini http://anyflip.com/phexa/rpxa.

Video

Podcast

Ubat boleh dihasilkan daripada dua sumber iaitu buatan manusia (sintetik) atau sumber semulajadi.

Ubat buatan manusia boleh dihasilkan di dalam makmal dan dipasarkan secara meluas untuk kegunaan ramai. Namun ia perlu diambil secara berterusan bagi penyakit kronik dan perlu berhenti apabila telah sembuh. Ubat buatan manusia memerlukan pembuktian penyembuhan berdasarkan kepada ujian klinikal. Ubat buatan manusia berisiko mendapat kesan sampingan sekiranya digunakan tanpa preskripsi daripada doktor dan pesakit tidak mengikuti dos yang disyorkan.

Ubat bersumberkan secara semulajadi diperoleh daripada tumbuhan ataupun haiwan sebagai contoh vitamin C daripada buah oren. Ubat daripada sumber semulajadi perlu diambil dan diamalkan secara berterusan bagi mendapatkan kesan yang baik. Pembuktian penyembuhan adalah berdasarkan kepada pengalaman ataupun testimoni. Namun dia juga berisiko mendapat kesan sampingan sekiranya digunakan secara berlebihan atau tanpa nasihat daripada pengamal perubatan.

Ubat bersumberkan semulajadi adalah diperoleh daripada tumbuhan atau haiwan

Penyalahgunaan ubat-ubatan dikatakan berlaku apabila seseorang itu menggunakan ubat bukan untuk tujuan menyembuhkan penyakit. Antara kesan penyalahgunaan ubat-ubatan adalah seperti boleh menyebabkan berlakunya kematian, menyebabkan kesan sampingan yang teruk seperti alahan, muntah, sakit kepala, demam dan pengsan. Selain itu ia juga boleh menyebabkan ubat itu menjadi tidak berkesan untuk melawan penyakit dan juga menyebabkan ketagihan ubat sekiranya diambil secara berlebihan seperti pengambilan ubat batuk.

You may also like

Leave a Comment