Penerangan Sains Tingkatan 4 KSSM bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid adalah digalakkan menonton video yang disediakan di blog cikguazhar.com. Bagi murid yang mengikuti audio podcast, murid-murid PERLU mendengar penerangan ini berbantukan buku teks Sains Tingkatan 4 m/s 212-213 (Terbitan Odonata Publishing) masing-masing atau boleh lihat dipautan ini http://anyflip.com/phexa/rpxa.
Video
Podcast
Radikal bebas adalah atom atau molekul yang kekurangan satu elektron yang menjadikan atom atau molekul tersebut tidak stabil, reaktif dan cenderung untuk menyerang atom atau molekul lain.
Proses pengoksidaan yang merupakan tindak balas kimia yang berlaku apabila sesuatu bahan tindak balas mengalami kehilangan elektron. Proses pengoksidaan yang berlaku secara semulajadi boleh menghasilkan radikal bebas dan mencetuskan tindak balas berantai bagi menghasilkan lagi banyak radikal bebas. Dua faktor dalaman yang menghasilkan radikal bebas di dalam badan adalah metabolisma dan keradangan. Selain itu, faktor dalaman juga boleh menghasilkan radikal bebas di dalam badan adalah seperti asap rokok, pendedahan kepada radiasi, cahaya matahari, sisa toksin dan pencemaran udara.
Radikal bebas yang terhasil terlalu banyak di dalam badan akan menjejaskan kesihatan manusia dengan merosakkan struktur DNA dengan mengambil elektron daripada molekul yang membentuk DNA. Oleh itu bahan karsinogen akan terbentuk dan boleh menyebabkan berlakunya penyakit seperti mutasi, kanser, penyakit kardiovaskular, ketidak-suburan, merosakkan buah pinggang, merosakkan hati, merosakkan paru-paru serta menyebabkan penuaan awal seperti wajah berkedut dan rambut beruban.