Penerangan Sains Tingkatan 4 KSSM bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid adalah digalakkan menonton video yang disediakan di blog cikguazhar.com. Bagi murid yang mengikuti audio podcast, murid-murid PERLU mendengar penerangan ini berbantukan buku teks Sains Tingkatan 4 m/s 186 (Terbitan Odonata Publishing) masing-masing atau boleh lihat dipautan ini http://anyflip.com/phexa/rpxa.
Podcast
Youtube
Aloi memiliki kekerasan yang lebih tinggi berbanding logam tulen. Aloi juga memiliki tahap kakisan yang tinggi berbanding logam tulen.
Terdapat beberapa jenis unsur logam dan bukan logam yang menunjukkan sifat superkonduktor pada suhu yang rendah dan dicampur kan untuk membuat aloi superkonduktor.
Superkonduktor adalah bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik kepada kecekapan yang tinggi tanpa sebarang rintangan.
Ia berupaya untuk menolak medan magnet dan menyebabkan bahan superkonduktor terapung apabila diletakkan di atas magnet.
Aloi superkonduktor yang digunakan dalam pembuatan landasan kereta api berkuasa tinggi dapat menggerakkan kereta api secara terapung tanpa sebarang geseran dan menjadikan ianya dapat bergerak dengan sangat laju.
Aloi superkonduktor seperti niobiun titanium dan niobiun timah digunakan dalam peralatan mesin MRI untuk pengimejan perubatan.
Info Sains
Keretapi Maglev di Jepun dengan kelajuan mencecah 603km/j
Magnet superkonductor yang digunakan dalam Keretapi maglev