SAINS T4 – Topik 9.1: Aloi (Pengaloian & Contoh Aloi)

by Cikgu Azhar
0 comment

Penerangan Sains Tingkatan 4 KSSM bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid adalah digalakkan menonton video yang disediakan di blog cikguazhar.com. Bagi murid yang mengikuti audio podcast, murid-murid PERLU mendengar penerangan ini berbantukan buku teks Sains Tingkatan 4 4 m/s 184 (Terbitan Odonata Publishing) masing-masing atau boleh lihat dipautan ini http://anyflip.com/phexa/rpxa.

Podcast

Youtube

Aloi yang merupakan campuran beberapa jenis logam atau campuran logam dengan bukan logam mengikut campuran yang tertentu. Terdapat beberapa jenis aloi seperti keluli, piuter, gangsa, loyang dan duralumin.

Komposisi keluli ialah besi dan karbon yang mempunyai sifat keras dan kuat dan kebiasaannya digunakan untuk membina bangunan dan jambatan serta kenderaan.

Piuter terdiri daripada komposisi timah, kuprum dan antimoni yang mempunyai sifat berkilau dan tahan kakisan dan kebiasaannya digunakan untuk menghasilkan barangan perhiasan seperti bingkai gambar.

Gangsa terdiri daripada kuprum dan timah yang mempunyai sifat keras, tahan kakisan dan warna yang menarik dan kebiasaannya digunakan untuk membuat tugu, duit syiling dan pingat.

Loyang terdiri daripada kuprum dan zink yang memberikan sifat kuat, berkilat, mudah ditempa dan warna keemasan dan kebiasaannya digunakan untuk membuat kunci alatan muzik dan trompet.

Duralumin terdiri daripada aluminium kuprum, magnesium dan mangan yang mempunyai sifat ringan kuat dan tahan kakisan. Ia digunakan untuk membuat badan pesawat dan kapal terbang.

Duralumin digunakan untuk membina badan pesawat

Proses untuk menghasilkan aloi ialah proses pengaloian. Atom di dalam logam tulen tersusun secara teratur dan berlapis-lapis menyebabkan ianya mudah menggelongsor apabila dikenakan daya.

Apabila satu unsur atau lebih unsur logam atau bukan logam lain ditambah ke dalam atom tulen, maka atom atom unsur ini akan menyukarkan lapisan atom tulen daripada menggelongsor antara satu sama lain.

Ini kerana atom unsur asing mempunyai saiz yang berlainan. Maka aloi lebih kuat dan keras daripada logam tulen.


Sumber imej: freepik.com

You may also like

Leave a Comment