SAINS T2 – Topik 7.1: Keelektrikan (Arus, Voltan & Rintangan)

by Cikgu Azhar
0 comment

Penerangan Sains Tingkatan 2 KSSM bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid adalah digalakkan menonton video yang disediakan di blog cikguazhar.com. Bagi murid yang mengikuti audio podcast, murid-murid PERLU mendengar penerangan ini berbantukan buku teks Sains Tingkatan 2 m/s 148 (Terbitan Karangkraf Network) atau juga boleh dilihat di pautan ini (Buku Teks Sains Tingkatan 2) atau https://anyflip.com/cabyg/tsih atau sambil mengikuti nota yang disediakan di bawah.

Podcast

Youtube

Arus Elektrik, I
Arus adalah aliran sesuatu, seperti air laut atau udara atmosfera. Dalam konteks elektrik, aliran cas elektrik, biasanya aliran elektron melalui konduktor, dikenali sebagai arus elektrik. Arus dihasilkan dengan pergerakan cas atau kita katakan sebagai kadar pengaliran cas-cas elektrik atau elektron menerusi sesuatu konduktor. Arus diukur dalam ampere (A) dengan ammeter. Arus selalu bergantung pada voltan kerana aliran cas tidak dapat berlaku tanpa perbezaan yang berpotensi.
Ammeter digunakan untuk mengukur arus elektrik, I
Voltan, V
Voltan ditakrifkan sebagai perbezaan tenaga keupayaan elektrik antara dua titik. Voltan boleh wujud tanpa menghasilkan arus; contohnya, dalam bateri. Atau kita takrifkan sebagai tenaga elektrik yang menggerakkan cas-cas elektrik atau elektron dari satu titik ke titik yang lain dalam konduktor. Votan diukur dalam unit voltan (V) menggunakan volmeter.
 
Rintangan, R
Keupayaan sesuatu konduktor untuk hadkan atau menentangaliran arus elektrik. Rintangan diukur dalam unit ohm (Ω).
 
Sumber imej: freepik.com

You may also like

Leave a Comment